Saturday, August 28, 2010

JIHAD RM10 BILLION SEBULAN

GABEM kata orang melayu/Islam di Malaysia belanja RM10 billion sebulan. Malangnya dari RM10 billion tu, sikit sangat yang dibelanjakan kepada peniaga2 melayu. Orang melayu berbaris panjang nak bagi duit kepada peniaga bukan melayu.
Orang melayu cuma cakap berdegar-degar. Nak naikkan ekonomi melayu, nak bantu melayu, wujudkan berbagai2 program dan skim nak bantu melayu, nak capai 30%. Kadang2 skim bantuan masih dalam kepala, belum lagi jadi kertas kerja, apatah lagi perlaksanaannya, masih sangat jauh, tapi dah diumumkan, diperbesar-besarkan hingga wujud rasa terancam oleh kaum lain. Mereka rasa semua skim khusus untuk bumi, bukan untuk semua. Lebih sedap cakap, tak menepati semangat 1Malaysia. Masa inilah nak manipulasi gagasan 1Malaysia.

Nak bantu melayu sebenarnya sangat mudah. RM10 billion tadi belanjakan saja ke kedai2 dan peniaga melayu. Tapi tak semua barang dijual peniaga melayu. Ok... Yang tak dijual oleh melayu, kita beli dikedai bukan melayu. Kalau separuh perbelajaan kita ke peniaga melayu, RM5 billion sebulan akan masuk ke poket peniaga melayu. Peniaga melayu yang berjaya ini akan belanjakan wang ke peniaga melayu lain, membesarkan perusahaan yang beri peluang pekerjaan kepada orang melayu tanpa syarat boleh berbahasa mandarin, dapat mengeluarkan lebih banyak zakat .....

Ini telah lama dilakukan oleh bukan melayu. Semuanya dalam senyap. Tak perlu heboh2. Tak payah ada DEB, tak perlu ada MEB. Bila nak berbelanja, mereka ambil langkah2 berikut:
1. Pergi ke kedai peniaga sebangsa.
2. Kalau di sana tak ada kedai sebangsa, masuk juga kedai bangsa lain. Tapi pilih barang keluaran sebangsa.
Contohnya nak beli di kedai cina, tak ada kedai cina (ini jarang berlaku kerana di mana2 pelosok ada   kedai cina), maka masuklah ke kedai melayu. Nak beli sos. Ada banyak sos. Mesti pilih sos keluaran cina juga. Wang yang masuk ke poket melayu hanya kepada pekedai, yang lain masuk ke poket pengeluar sos cina.
Mereka pastikan jika wang mereka terpaksa masuk ke poket melayu, jumlahnya sangat minima dan tak dapat dielakkan lagi. Kalau tidak, jangan haraplah.

Mengapa kita tak boleh ambil langkah yang sama. Selain untuk bantu melayu, kita juga ada sebab besar yang lain iaitu isu halal haram. Mengapa kita terpekik terlolong suruh mereka pastikan keluaran mereka halal? Adakah tanggungjawab mereka pastikan kita makan yang halal? Bodo bona gamaknya. Makanan kita adalah tanggungjawab kita. Tanggungjawab pengeluar Islam. Fardu kifayah. Tapi bila ada melayu yang ambil risiko keluarkan makanan halal, kenapa tak sokong? Berhempas pulas mereka nak jayakan perniagaan, bersaing dengan peniaga asing yang lebih kuat dan bersatu, (bersatu boikot keluaran orang kita), akhirnya setahun dua, tak mampu lagi nak bertahan..... Komen kita sebagai kaum sebangsa??? "... eleh, gitulah peniaga melayu...". Tak malu langsung jadi melayu yang hanya tahu ejek melayu, tapi tak tahu dan tak mahu tolong melayu.

Senang rupanya nak tolong melayu. Tak payah heboh2. RM5 billion sebulan bukannya sikit. Marilah berjihad untuk pastikan kita bantu melayu/Islam.


1 comment:

Myzul said...

sama2la kita bantu peniaga melayu