Wednesday, August 18, 2010

Sekolah Wawasan


Idea mewujudkan sekolah wawasan tidak akan terlaksana sampai bila-bila. Siapa penentangnya? 
Sekolah-sekolah cina mesti terus wujud. Budaya membaca dan menulis dalam bahasa cina mesti diteruskan. Jika tiada sekolah cina sekarang, bererti 10 atau 20 tahun akan datang, tiada orang yang akan membaca suratkhabar cina. Ini telah terjadi kepada surat khabar melayu bertulisan jawi. Generasi Melayu sekarang tidak lagi boleh atau lancar membaca dalam tulisan jawi.

Jika tiada akhbar cina, susahlah mereka menyampaikan doktrin perkauman mereka. Orang cina beranggapan orang melayu sebagai musuh kerana itulah yang dihidangkan setiap hari oleh akhbar mereka. Setiap hari mereka menulis bahawa ‘ kita adalah kaum yang ditindas, dianaktirikan, kita adalah warga kelas tiga, ekonomi kita ditekan, hak kita dirampas, oleh itu kita mesti bangkit, sokong perniagaan kaum kita, jangan beli barangan mereka, jangan isi minyak di Petronas, kalau membeli kereta proton atau produa atau membeli insurans, pastikan membeli dari jurujual kaum kita sendiri’.

Insiden-insiden kecil dan terpencil yang boleh menggambarkan  bahawa mereka sememangnya tertindas akan dieksploitasi, diperdebat dan diperbesarkan. Remaja cina membesar dalam kepercayaan bahawa mereka adalah kaum yang tertindas, yang perlu bangun menentang penindasan, yang perlu bangun menentang kerajaan dan orang melayu, yang sentiasa bergantung  dan dahagakan informasi yang mereka anggap berani dan telus dari akhbar-akhbar cina. Oleh itu suratkhabar cina akan terus relevan dan dapat terus hidup.

Orang Melayu memang lain sikit. Walaupun mereka dianggap musuh, mereka masih boleh bertolak ansur, bersahabat dan membantu memajukan perniagaan orang cina. Melayu memang baik (bodoh?). Tetapi jika terus diprovokasi, baik (bodoh?) Melayu pasti ada hadnya. Sampai saat itu, baik cina atau melayu, tak siapa dapat untung. Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sekolah wawasan? Jangan nak mengarut….Idea Sekolah Wawasan boleh ditimbulkan kembali jika kerajaan dapat menghapus atau sekurang-kurangnya mengawal suratkhabar cina.

No comments: