Wednesday, August 18, 2010

Malaysia bukan Kelantan


Kelantan negeri Melayu. Tak suka PAS, penggal depan kita undi UMNO. Tak suka UMNO, tukar balik ke PAS. Kalau nak tumpang sekaki, PKR pun boleh mencuba nasib. Tak jadi masalah. Sekali tersilap pilih, boleh kita perbetulkan dalam pemilihan akan datang.


Tapi dalam konteks Malaysia, sekali kuasa terlepas, tak mungkin dapat dirampas kembali. Kalau nasib baik, mungkin dapat balik 100 tahun lagi. Masa tu bukan kerana kita dah kuat. Tapi pihak mereka dah lama sangat berkuasa, jadi dah lalai, tidak bersatu, sama seperti kita sekarang. Agaknya lah.

Kita sekarang berkuasa. Kita tentukan persempadanan kawasan pilihanraya. Kita bahagikan ikut zon yang kita rasa akan beri kelebihan kepada kita. Mereka pun tahu strategi kita, tapi tak boleh buat apa-apa kerana kuasa di tangan kita. Bila kita beri mereka peluang menang (sekali saja tau), kuasa merombak dan menentukan persempadanan kawasan pilihanraya ada di tangan mereka. Tentulah rombakan tersebut akan memberi kelebihan kepada mereka. Dalam keadaan sekarang yang kita ada kelebihan pun kita boleh tewas, maka dalam keadaan kelebihan di pihak mereka, sampai bila pun kita takkan dapat rampas balik. Beri mereka peluang sekali, bererti selamanya.

Mari kita pujuk dan sedapkan hati sendiri. Besar kemungkinan PM nya Melayu. Jadikan Perak sebagai contoh. Tak dapat disangkal, sedikit masa dulu, Perak di bawah jajahan takluk DAP. Sebagai lambang kerjasama, walaupun PAS cuma ada satu kerusi, jawatan MB diberi kepada mereka. MB inilah yang menganugerahkan tanah-tanah kampung baru cina kepada pajakan kurang satu 1000 tahun. MB ini juga menganugerahkan beribu hektar tanah kepada sekolah-sekolah cina. Kalau begini punya MB, seribu tahun pun DAP tak kisah kalau kerajaan mereka diketuai seorang melayu. Kalau begini, DAP juga tak kisah jika PM nya Melayu. Marilah kita tumpang berbangga kerana kerajaan Malaysia pimpinan DAP, PM nya melayu. Apa pun boleh digadaikan asal dapat jadi PM. Lihat saja bekas MB Perak, sampai sekarang belum pulih dari kejutan akibat kehilangan jawatan. Bukan kehilangan kuasa sebab beliau tidak pernah menikmati kuasa yang sepenuhnya di tangan DAP. Tindak tanduk beliau sekarang lebih sudu dari kuah.

Takkan melayu hilang di dunia?

2 comments:

ozzy said...

betul tu..setuju

ida =) said...

btol.... haaa... sapa x daftar ngundi, daftar2 la ye. sapa yg daftar, tapi x g ngundi, sedar2 la ye... undi tu penting. maybe undi kite tu la undi penentu