Kita semua patutnya dah lama sedar bahawa kaum cina bersatu dalam semua isu. Mereka cuma berbeza dalam cara menangani sesuatu isu. Isu2 melibatkan kepentingan kaum akan disuarakan secara berhemah dan berlapik oleh parti2 komponen BN. Jika mereka percaya isu yang dibangkitkan bakal dapat tentangan dari kita, mereka akan serahkan kepada NGO cina untuk buka mulut. Bagi isu2 yang lebih rasis, serahkan saja pada DAP.
Sebab itu bila DAP cetuskan sesuatu isu, kita biasanya tidak mendengar sebarang komen dari paerti komponen ini. Dalam diam mereka memberi sokongan. Mereka sebenarnya amat kuat dan bersatu. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, dapat pula bonus, sokongan dari PAS dan PKR.Situasi sekarang dalam keadaan berbeza. BN dalam keadaan tertekan. Masa yang sesuai untuk parti komponen tunjuk belang. Bukan mereka berubah sikap malah memang begitu sikap mereka sejak dahulu lagi. Cuma berjaya disembunyikan. Sekarang tak perlu sembunyi lagi. Untuk tarik kaum cina, mereka mungkin lebih provokatif berbanding DAP.
No comments:
Post a Comment