Wednesday, August 25, 2010

BALIK CHINA - you asked for it

Saya ingin memetik pendapat yang disiarkan di Utusan Malaysia dalam ruangan ISU-ISU AKHBAR CINA. Tulisan mereka menggambarkan seolah-olah mereka rakyat Malaysia sejati, yang tumpang gembira dalam menyambut bulan kemerdekaan, yang menjunjung perlembagaan, menghayati konsep 1Malaysia dan menghormati kontrak sosial yang telah dipersetujui generasi terdahulu.


"Kibaran bendera sempena bulan kemerdekaan menerbitkan rasa gembira dalam jiwa dan tanda kasih sayang kepada tanah air". Benarkah? Berapa banyak bendera yang kaum mereka kibarkan? "Perkataan 'baliklah ke negeri China' telah melukakan perasaan serta menyindir kaum lain". Apakah kaum cina saja yang ada perasaan, yang rasa terluka bila disindir?

Dan untuk menjadikan tulisan mereka lebih kuat, konsep 1Malaysia dieksploitasi. "PM bersungguh2 mahu menjayakan gagasan 1Malaysia...menerima semua rakyat berbilang kaum, memahami dan menjalani kehidupan bersama". Pandainya bermain kata-kata. Seorang lagi penulis menyarankan agar PM pandang serius isu ini agar konsep 1Malaysia tidak menjadi omongan kosong.

Nampaknya gagasan 1Malaysia menjadi pegangan kaum cina. Baguslah jika mereka menghayati maksud sebenar gagasan tersebut. Masalahnya, bagi orang melayu yang sememangnya pemurah dan baik (bodoh?), 1Malaysia bermaksud berkongsi segala-segalanya. Tetapi bagi orang cina, pertahankan apa sahaja yang telah dimonopoli oleh kaum mereka, jangan bagi peluang orang lain mencelah, kemudian bermati-matian menuntut apa yang kaum bumi ada, walaupun pada dasarnya mereka telah menguasai bidang berkenaan. Pemilikan 30% kaum bumi (kebanyakan bidang masih tak cukup 30% pun) benar-benar menghantui mereka. Lalu mereka menjaja pasal ketidakadilan, penindasan, hak mereka dirampas, mereka warga kelas 3 dan sebagainya.   

Tahukah mereka betapa terluka dan tersinggungnya perasaan orang melayu? Perkataan 'baliklah ke negeri China' adalah manifestasi dari sikap dan tingkahlaku mereka sendiri. You asked for it.

No comments: