Sebuah pusat penyembelihan ayam di Chow Kit diserbu JAKIM, JAWI, dan DBKL jam 4.00 pagi semalam. Penolong Pengarah JAKIM, Mohd Amri Abdullah, mengesahkan ayam yang disembelih beberapa lelaki Bangla tidak mengikut syariat Islam, di mana urat halkum dan beberapa urat lain di bahagian tengkuk tidak terputus, menyebabkan ayam tersebut dikategorikan sebagai BANGKAI.
Ini bukan cerita baru. Dah beberapa kali didedahkan kewujudan pusat penyembelihan tak halal. Kita gempar sekejap. Kemudian kita kembali ke asal. Kita percaya bila mereka tunjukkan sijil halal yang mereka dapat dari JAKIM. Kita percaya bila mereka pamerkan sijil layak menyembelih oleh pekerja Islam mereka.
Sijil-sijil itu memang sah. Sah sewaktu JAKIM datang buat pemeriksaan. Tapi JAKIM tak dapat nak datang setiap hari. Hari di mana penyembelih bertauliah tak dapat datang, siapa sembelih ayam? Sendiri sembelihlah... Bukannya susah nak putuskan urat halkum dan urat-urat berkaitan. Kalau JAKIM datang sekejap lagi, tengok semua urat dah putus, walaupun was-was, terpaksa juga sahkan sebagai halal walaupun tidak bertembung dengan penyembelih bertauliah. Nak salahkan JAKIM? Salahkan diri sendiri kerana membeli dari peniaga bukan Islam.
Jangan sampai kita berbuka atau bersahur dengan hidangan bangkai ayam...
Jangan sampai kita berbuka atau bersahur dengan hidangan bangkai ayam...
Makanan kita, tanggungjawab kita.
No comments:
Post a Comment