Saturday, September 4, 2010

LAILAHAILLALLAH

Diriwayatkan 'Abu Sa'id al-Khudri, Nabi saw bersabda, sekali nabi Musa a.s. bermohon kepada Allah s.w.t., "wahai Tuhanku, ajarkan kepadaku sesuatu yang dapat aku mengingatiMu dengannya dan menyeruMu dengannya." Allah swt berfirman, "Sebutlah Lailahaillallah". Nabi Musa berkata, "Wahai Tuhanku, seluruh hambaMu mengucapkan ini." Allah swt berfirman, "ucapkanlah Lailahaillallah." Musa pula berkata, "wahai Tuhanku, aku ingin sesuatu yang Engkau khaskan untukku." Firman Allah swt lagi, "wahai Musa, jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah neraca dan Lailahaillallah di sebelah yang lain, maka neraca di sebelah Lailahaillallah itu lebih berat.

Rakan2 blogger, luangkan masa dengan zikir ini, terutamanya di bulan ramadhan ni. Terlalu ringan untuk disebut, tapi terlalu berat ganjaran/timbangannya pahalanya.

HIDANGAN BANGKAI AYAM

Sebuah pusat penyembelihan ayam di Chow Kit diserbu JAKIM, JAWI, dan DBKL jam 4.00 pagi semalam. Penolong Pengarah JAKIM, Mohd Amri Abdullah, mengesahkan ayam yang disembelih beberapa lelaki Bangla tidak mengikut syariat Islam, di mana urat halkum dan beberapa urat lain di bahagian tengkuk tidak terputus, menyebabkan ayam tersebut dikategorikan sebagai BANGKAI.

Ini bukan cerita baru. Dah beberapa kali didedahkan kewujudan pusat penyembelihan tak halal. Kita gempar sekejap. Kemudian kita kembali ke asal. Kita percaya bila mereka tunjukkan sijil halal yang mereka dapat dari JAKIM. Kita percaya bila mereka pamerkan sijil layak menyembelih oleh pekerja Islam mereka.
Sijil-sijil itu memang sah. Sah sewaktu JAKIM datang buat pemeriksaan. Tapi JAKIM tak dapat nak datang setiap hari. Hari di mana penyembelih bertauliah tak dapat datang, siapa sembelih ayam? Sendiri sembelihlah... Bukannya susah nak putuskan urat halkum dan urat-urat berkaitan. Kalau JAKIM datang sekejap lagi, tengok semua urat dah putus, walaupun was-was, terpaksa  juga sahkan sebagai halal walaupun tidak bertembung dengan penyembelih bertauliah. Nak salahkan JAKIM? Salahkan diri sendiri kerana membeli dari peniaga bukan Islam.


Jangan sampai kita berbuka atau bersahur dengan hidangan bangkai ayam...

Makanan kita, tanggungjawab kita.